My School Journey and Senior Page Photoshoot Moments | SMK Shahbandaraya 2017 Edition

Before aku start bebel, sebenarnya entri ni aku start tulis masa bulan March 2017 lagi huahuahua! Tapi my all lupa tekan publish and baru perasan tahun 2019 😂 Dah setahun lebih okie! Dari masa sebelum SPM sampai aku dah masuk universiti hahaha! Anyways.. enjoy reading!








Holla my dokusha!


Penderitaan susah senang gembira duka tawa riang bahagia (gegeli je) selama 5 tahun berakhir jugak weh. Perit sangat nak habiskan sekolah ni. It's not easy like what people think.

Form 1 - time tu aku budak lagi baru nak berjinak-jinak kenal sekolah menengah, dah kena harung sistem PBS, buat assignment every single week, lepastu from PBS tukar jadi PT3 pulak then form 3 jadi second batch yang ambik PT3 muahaha.

Time tu ingat lagi bulan puasa berpeluh buat kerja kursus Geografi, dah la haus pastu pergi bazaar ramadhan interview makcik-pakcik tanya pendapat (aku actually tak ingat assignment geo tajuk apa, tak silap pasal pekerjaan something) huhuhu. Paling teruk kena halau dengan pakcik-pakcik and makcik-makcik sebab dia ingat aku orang politik HAHAHAHAHA. Taktau la aku nampak tua sangat ke padahal aku pakai baju sukan sekolah kot time tu. Cite lama, usah dikenang. Tak masalahnya engko yang cerita sekarang ni.

Kalau nak cite pasal sekolah sampai esok tak habis weh hahahaha tapi tula sikit story aku masa sekolah. Even susah tapi aku syukur sebab atleast bila ada rezeki masuk IPT nanti dah biasa dengan situation macam ni, takdelah awkward or terkejut sangat semua tak tau. Aku tau masa akan datang lagi 100 kali mencabar dari sekarang. So dari sekarang aku dah buat preparation.

So back to punca utama aku update entri ni. Ok aku tulis entri sebab aku nak tunjuk gambar-gambar photoshoot *gitewwww* aku and classmates aku. Gambar ni untuk majalah sekolah tahun 2017. We ols panggil senior page la konon hahahaha. Sedih dah nak kena halau dari sekolah sobs sobs.

So, enjoy!


5 KEJORA'S SNAPS!

Budak-budak tak sedar diri nak exam

Freestyle!


KEJORIAN BOYS @ THE ALPHA MEN *jkjk*



KEJORIAN GIRLS!




RANDOM POSES!



School, where memories with friends last a lifetime. I'll keep these memories forever. Thank you for reading. Bye, all!




Comments

Popular Posts